
|
Annyeonghaseyo ![]() ArrienAmani @ L wife - Sixteen - Seoul I inspirit and eLement forever all my love is for eLement ? Tagboard
Credits
Template : Arrien InspiritBig Help : K I M Nice View:Google Chrome Owner: Your Name
| Hakikat Dunia
Thursday, January 27, 2011 • 6:09 PM • 0 comments ![]() Siapakah ‘Dunia’? Berapa ramai di antara kita yang sedar dan kenal benar dengan sifat dunia? Sebagaimana manusia, dunia juga punya personalitinya yang tersendiri agar kita mudah mengenali dan tahu bagaimana untuk ‘berhubungan’ dengannya. Allah swt mengingatkan kita melalui firmanNya dalam surah Ali Imran ayat 185 yang bermaksud, "Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari Qiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu siapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan kedalam syurga, maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesarannya), tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya". Sekali lagi, sifat dunia diterangkan dalam firman Allah swt dalam surah al-Hadid ayat 20 yang bermaksud: "Ketahuilah!, bahwa (yang dikatakan )kehidupan dunia itu tidak lain, melainkan permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bauan hidup yang bertujuan) bermegah-megah diantara kamu (dengan kelebihan , kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak(semua itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur), menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman-tanaman itu bergerak segar (kesuatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahwa) di akhirat ada azab yang (disediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia) dan (ada pula) keampunan besar serta keredhaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah bahwa) kehidupan dunia ini tidak lain , hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya" Jelas dapat kita lihat bahawa dunia yang kita diami saat ini mempunyai beberapa sifat dan ciri yang perlu kita ketahui supaya perhubungan kita dengan dunia lebih harmoni. Pertama, pada sifat dunia yang indah. Allah swt menciptakan dunia dengan seribu satu keindahan dalam pelbagai rupa dan bentuk. Cukuplah sekadar kita memerhatikan lukisan alam yang merona biru pada luasnya awan, pada bukit bukau dan hutan belantara yang menghijau, pada senja nan jingga, juga pada cerianya warna- warni pelangi. Semuanya bersatu dalam jalinan pelbagai tona warna. Mampukah tangan kita menghasilkan karya kreatif yang serupa? Siapakah yang mampu menandingi sentuhan indah Sang Mahakarya? Ditambah lagi dengan hiasan-hiasan fizikal pada dunia seperti para wanita, limpahan harta benda, pangkat dan darjat dan segala macam bentuk keindahan yang tak terhitung banyaknya. Ciri kedua yang terdapat pada dunia terletak pada kesenangan yang kita rasai ketika mendiaminya. Pada dunia terkandungnya kehidupan yang serba serbi sempurna dan mudah. Pada dunia juga dihamparkan pelbagai bentuk permainan dan hiburan kehidupan yang pastinya membuaikan tiap-tiap jiwa di dalamnya. Lalu berbondong-bondonglah manusia mengejar kedua-dua ciri dan karakter dunia yang pada hakikatnya masih belum sempurna proses ‘perkenalan’nya. Apa yang terzahir hanyalah pada permukaan sifat dunia sekaligus menafikan perbandingan yang turut diceritakan Khaliq dalam firmanNya yang disebutkan di atas. Lupakah kita pada sifat dunia yang dikatakan indah dan senang itu hanyalah pada mereka-mereka yang terpedaya? Bukankah pada keindahan dan kesenangan dunia turut diiringi sifat dunia yang palsu dan sementara? Kerana itu dunia ini disebut-sebut namanya sebagai ‘Dunia Fana’. Fana bererti lenyap. Lenyap sifatnya tidak kekal dan segala yang lenyap itu pastilah selepas berlakunya kemusnahan yang nyata. Itulah hakikat sebenar dunia bagi mereka yang benar-benar mengenalinya.Labels: Renungan Kembara..Sudah Puaskah Aku Mengembara?
• 6:06 PM • 0 comments ![]() Kembara insani, menyelusuri permusafiran qada dan qadar Illahi...ah, akulah insan yang sedang mengembara itu... Dalam menyusun gerak langkah, aku sedar adakala langkah ini tersasar dari landasan. Adakala, aku mahu berjalan laju, adakala aku jauh ketinggalan di belakang. Ada ketikanya, aku terburu-buru, mahu terus berlari, lantas tidak menghiraukan batuan batuan yang menghalang kembara insanku, lalu jatuh tersungkur, rebah dan terluka. Gopohnya aku, mencerminkan betapa hinanya seorang hamba Tuhan, kerana untuk melangkah setapak kehadapan pun masih perlu bergantung pada kuasa Al-Akbar.. Apalah sangat kudratku ini hendak dibandingkan dengan 'Azimnya Dia? Lemah daya, kelu, kaku, tiada apa-apa. Kosong. Kelam. Suram. NOKTAH. Aku kini sedang berdiri. Sesaat nanti aku mungkin duduk atau mungkin aku tertidur. Semua itu BUKAN aku yang tentukan. Tetapi Allah, sebaik-baik perancang. Aku kini sedang menghela nafas, Mungkin sesaat nanti aku sudah kaku tidak bernyawa. Semua itu Allah yang tentukan, BUKAN aku. ..............................................(kosongnya minda) Allahu Akbar... Aku masih lagi mahu terus mengembara. Aku masih mahu terus menjadi pengembara. Bumi ini masih banyak yang ingin aku terokai. Butir-butir hikmah yang bertaburan masih belum cukup aku miliki. Ruang lompong kehidupan masih belum aku penuhi. Jasad yang masih belum banyak menyumbang.. Iman dan amal yang masih belum seimbang.. Pada tingkah laku yang terkadang sumbang.. Pada kata-kata yang ada ketika masih 'ter'simpang.. Pada ekor mata yang adakala masih rambang... Allahu Akbar... Aku masih punya segunung impian. Jasaku pada orang tua yang menaruh setinggi harapan... Istana cinta fitrahku yang masih dalam samar bayangan.. Juga pada impian memiliki zuriat yang beriman.. dan pastinya pada cita-citaku menjadi isteri solehah dan budiman.. Allahu Akbar.. Aku sedang mengembara Dan akulah pengembara Dan aku masih mahu terus mengembara Sehingga sampai satu detik masa Aku ditakdirkan berhenti Aku akur dan..saat itu, moga aku sudah puas mengembara... ~permatanurani~~ Labels: Renungan |