Nothing's Over !!.
N O T H I N G'S O V E R

Annyeonghaseyo


ArrienAmani @ L wife - Sixteen - Seoul
I inspirit and eLement forever
all my love is for eLement ?

Tagboard


Credits
Template : Arrien Inspirit
Big Help : K I M
Nice View:Google Chrome
Owner: Your Name


Kecelaruan Obsessif Kompulsif ( obsessive compulsive disorder /OCD)
Friday, February 11, 2011 • 1:07 PM • 0 comments
Salamullahi'alaikum...



Pernahkah anda merasa ragu-ragu atau was-was?
Apakah yang anda lakukan jika anda was-was?


Di bawah diperjelaskan bagaimana OCD merupakan penyakit was-was.


Contoh 1: Anda merasa was-was semasa mengambil air sembahyang . Di dalam hati anda berulangkali berkata-kata" sudah basuh tangan ke belum, rasanya sudah, rasanya belum (obsession)" Lantaran perasaan was-was ini anda akan mengulang prosedur mengambil sembahyang ini sekali lagi (compulsion). Jika anda mengulang prosedur itu banyak kali sehingga mengambil masa yang lama dan melambatkan aktiviti anda. Ini dianggap OCD.


Contoh 2: Anda seorang yang terlalu pembersih. Di kotak kepala anda hanya terfikir kuman berada di merata tempat. Kuman ada di tangan kerana anda telah memegang kerusi di dalam bas yang telah dipegang orang lain. Mungkin orang itu memgang najis dan tidak cuci tangan. Fikiran ini menghantui anda, berulang-ulang sehingga anda menjadi resah dan risau ( obsession) . Kerisauan anda berkurang jika anda mula mencuci tangan ( compulsion). Jika anda kerisauan ini berterusan dan anda mencuci tangan anda berulang kali sehingga mengambil masa yang lama ini dipanggil OCD. Terdapat pesakit yang mencuci tangan 5-6x sehingga tangan ekzema. Ada yang mandi sehingga 2-3 jam sehingga lewat ke kuliah.



Salahkah menjadi pembersih. Bukankah kebersihan dituntut agama?


Memang kebersihan dituntut agama tetapi jangan keterlaluan sehingga anda membazir air, sabun dan merosakkan tangan anda. Jangan diturut penyakit was-was!


Apa itu OCD?
Obsessive compulsive disorder adalah suatu penyakit jiwa yang perlu dirawat.


Obsession adalah :
1) fikiran, bayangan, atau imej yang kerap berulang-ulang menghantui fikiran anda . Ia menganggu anda sehingga membuatkan anda resah gelisah dan bercelaru.
2) anda tahu bahawa fikiran ini datangnya adri anda sendiri, bukannya dari orang lain atau ap jua kuasa lain yang memaksa anda
3) ia bukan sekadar kerisauan kerana anda mempunyai masalah dalam kehidupan
4) anda cuba untuk menghentikan dan mengurangkan fikiran ini tetapi amat sukar.


Compulsion adalah:
1) untuk menghilangkan keresahan dan anxiety akibat obsesi di atas, anda mesti melakukan sesuatu dalam bentuk apa jua sama ada perbuatan atau fikiran lain. Disebabkan obsesi ini datang berulang, maka anda akan berulang kali melakukan perbuatan yang sama.
2) anda mengetahui bahawa perbuatan anda ini keterlaluan.


Apabila obsessi dan kompulsi berlaku anda akan merasa teramat tertekan sehingga fungsi normal anda seperti hubungan dengan orang lain, kerja-kerja seharian dan lain-lain aktiviti terganggu. Inilah OCD.


Tanda OCD yang kerap adalah :
kadar Obsesi:




  • Pemikir tentang kebersihan (43%)
  • Ketakutan tentang sesuatu mungkin berlaku seperti kebkaran, kematian tersayang dll (24%)
  • Terlalu mementingkan sesuatu disusun dengan teliti cth. mengatur kasut, menyusun pinggan dll (17%)
  • Memikir tentang keagamaan ( 13%)
  • Memikir tentang kelakuan seks, imej seks dan pornografi( 4%)




kadar Kompulsi:


  • Perbuatan mencuci tangan, mandi,gosok gigi,cuci bilik air dll (85%)
  • Buka tutup pintu, duduk bangun (51%)
  • Menyusun barang ( 17%)
  • Menyimpan benda buruk dan usang (11%)




OCD juga boleh menyebabkan kemurungan dan berkait dengan penyakit Tourette's


Berapa kerap OCD berlaku?
Secara umum OCD boleh berlaku sehingga 2-3% daripada populasi umum dalam setahu. Ia lebih kerap daripada skizofrenia i.e 1%. Dalam kalangan orang dewasa kaum lelaki dan perempuan mempunyai kadar yang sama untuk mendapat OCD. Di kalangan remaja, lelaki & perempuan, ia boleh berlaku seawal 2 tahun tetapi sukar di kesan.


Apakah penyebab OCD?
Penyebab tepat tidak diketahui tetapi banyak kajian yang telah dilakukan menunjukkan bahawa ia berlaku kerana interaksi biopsikososial.


Faktor biologi:
1) Disregulasi serotonin. Kajian telah menunjukkan bahawa metabolit serotonin iaitu asid 5-hidroksiindolasetik meningkat di dalam cecair otak (CSF) pesakit OCD
2) Scan otak (PET Scan) menunjukkan peningkatan aktiviti otak di bahagian lobus frontal ,nukleus kaudat dan singulum di basal ganglia.
3) Kajian genetik menunjukkan risiko mendapat penyakit ini bertambah jika ada keluarga terdekat pernah mengidap penyakit ini.


Faktor Psikososial
1) 15-35% pesakit OCD adalah di kalangan mereka yang obsessif iaitu terlalu menjaga kebersihan, terlalu teliti, terlalu menepati masa dan terlalu bercita-cita tinggi.
2) faktor psikodinamik- menurut Sigmud Freud OCD berlaku kerana individu yang mengidap OCD gagal menggunakan defence mechanism berikut: isolation, undoing dan reaction formatiom ( RUJUK DEFENCE MECHANISM)


Apakah rawatan untuk OCD?
Rawatan adalah berdasarkan prinsip biopsikososial.
Ubat-Ubatan; (Dos yang lebih tinggi diperlukan berbanding dos untuk kemurungnan).


1)Ubat antidepressant boleh bertindak sebagai antiOCD. Contohnya:


  • Kumpulan SSRI: Fluvoxamin (Luvox), Fluoaxetine (Prozac), Sertraline ( Zoloft),
  • Kumpulan TCA: Clomipramine
  • Kumpulan SNRI: venlafaxine ( effexor)




2)Ubat antianxety: diberi cuma jika pesakit mengalami keresahan melampau. 
Psikoterapi


  • telah terbukti keberkesanan Cognitive behavioural therapy (CBT) dan Exposure Response Prevention(ERP) untuk OCD
  • tangani masalah sosial seperti masalah dengan keluarga, menangani kemarahan, cara penyelesaian masalah dll.

Labels:



COUNSELORIZATION
• 3:43 AM • 0 comments
Moto Bach kami..hehehe

Syukur Alhamdulillah..akhirnya program T.O.T kami berjaya sampai ke penghujungnya telah Dikendalikan sepenuhnya oleh Dr. Aziz Shah selama 3hari (28-30 Jan 2011) berjalan dengan lancar dengan komitmen dan kerjasama oleh semua ahli extrovert sem 5/2011 amat membanggakan semua..Sekalung tahniah kepada semua yang telah menjayakan program ini termasuklah para fasilitator dalam program ini.
Rasanya tak pernah lagi merasai modul ini di mana-mana kecuali program ini. Ia cukup memberi kesan kepada saya. Banyak input yang saya peroleh semasa mengikuti program Counselorization ini.
Begitu juga dengan rakan seperjuangan yang lain. Melalui program ni, saya merasakan ia merapatkan lagi hubungan kami sekelas. Makin bertambah jelekit. Pejam celik, pejam celik, 2 hari 3 malam, tiba penghujung program. Begitu cepat masa berlalu. Kenangan itu terlalu manis untuk dikenang.
Di sini ada beberapa gambar rentetan perjalanan program ini berlangsung:




Labels:



Mulianya Sifat Berterima Kasih
• 12:05 AM • 0 comments
Salam Sejahtera :)
Ucapan terima kasih adalah sebagai tanda kita ingin menghargai seseorang atas kebaikan yang dilakukan ke atas diri kita dan orang lain Jika kita pandai menghargai seseorang dengan ucapan terima kasih maka orang lain juga akan lebih selesa dengan kita. Dan perhubungan kita dengan seseorang akan menjadi lebih rapat lagi. Sifat suka berterima kasih juga adalah sifat yang terpuji dan disukai oleh orang lain. Kenapa perlu berterima kasih dalam hidup ini?
Ucapan terima kasih adalah sebagai menghargai jasa dan budi baik seseorang ke atas diri anda. Jika kita tidak pandai untuk berterima kasih kepada orang lain maka orang lain akan menganggap kita seorang yang tidak tahu menghargai budi baik yang telah diberikan. Mungkin seseorang itu akan terasa hati dengan diri kita. Jadi, ucaplah terima kasih atas setiap kebaikan yang dilakukan oleh seseorang kepada diri kita ini. Mudah-mudahan kita akan memperoleh banyak kebaikan dari lagi pada masa akan datang.
Sebagai seorang muslim ucapan terima kasih adalah satu perbuatan yang sungguh mulia. Tidak susah pun nak ucapkan terima kasih ni kepada orang lain. Mungkin anda tidak mampu untuk membalas balik atas kebaikan yang orang lakukan terhadap anda. Dengan ucapan terima kasih adalah sudah mencukupi sebagai tanda kita menghargainya. Perbuatan berterima kasih ini adalah sungguh mulia sekali.
Ia dapat memelihara hubungan baik anda dengan sahabat anda. Jika anda mempunyai seorang sahabat yang banyak menolong anda dalam banyak perkara dalam hidup anda, maka anda perlulah selalu mengucapkan terima kasih kepadanya. Ini dapat mengekalkan hubungan baik persahabatan anda dengan sahabat anda sampai bila-bila pun. Ia juga dapat merapatkan hubungan silaturrahim antara kita dan juga sahabat.
Kepada ibu bapa kita jangan dilupakan. Merekalah yang telah mendidik dan telah membesarkan kita sejak dari kecil. Dengan ucapan terima kasih dan membalas jasa mereka di dunia ini sebenarnya masih tidak mencukupi untuk membalas segala jasa mereka terhadap kita selama ini. Janganlah jadi seorang anak yang tidak tahu berterima kasih. Sayangilah mereka selalu sebagai tanda kita anak yang soleh yang selalu menghargai jasa mereka.
Terima kasih cikgu. Itulah ucapan sebagai menghargai jasa seorang guru yang telah banyak mencurahkan ilmu kepada kita selama ini. Ilmu yang telah diajarkan oleh guru kepada anda pula hendaklah diamalkan bagi mengelakkan ilmu yang anda dapat menjadi ilmu yang sia-sia sahaja. Ia juga menunjukkan sebagai tanda terima kasih anda kepada guru anda yang telah banyak mencurahkan ilmu kepada anda selama ini. Tidak kiralah apa jua jenis ilmu yang diajar oleh guru tersebut asalkan ilmu tersebut membawa kebaikan dunia dan akhirat
Seorang muslim perlulah sentiasa mengingati segala jasa dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Jasa baginda kepada umat islam sangatlah besar sehingga kita dapat mengecapi akan nikmat islam yang kita sedang anuti pada hari ini. Perbanyakkanlah selawat dan salam ke atas baginda sebagai tanda terima kasih dan sayang kita kepada baginda.
Sebagai seorang hamba yang taat kepada Allah jangan kita lupakan segala nikmat yang telah diberikan kepada kita. Selalulah mengucapkan syukur kepadaNya dengan ucapan Alhamdulillah sebagai tanda terima kasih atas segala nikmat yang telah diberikan. Jadilah seorang hamba yang taat akan segala perintah dan larangannya didunia ini. Itulah sebagai tanda kita berterima kasih dan bersyukur kepadaNya kerna dikurniakan pelbagai nikmat di dunia ni.
Akhir sekali, lakukanlah ucapan terima kasih itu dengan hati yang ikhlas jangan pula anda rasa terpaksa untuk lakukannya. Jika anda mengucapkan ucapan terima kasih itu dari hati yang ikhlas, ia juga akan memberi kebahagiaan kepada diri anda juga. Tanpa rasa ikhlas ini, ucapan terima kasih anda tidak membawa sebarang makna kepada diri anda dan juga orang lain. Orang lain pun akan nampak pada diri anda jika anda terpaksa untuk mengucapkan ucapan terima kasih.\
~permatanurani~~