
|
Annyeonghaseyo ![]() ArrienAmani @ L wife - Sixteen - Seoul I inspirit and eLement forever all my love is for eLement ? Tagboard
Credits
Template : Arrien InspiritBig Help : K I M Nice View:Google Chrome Owner: Your Name
| Bagaimana Untuk Menggembirakan Hati Yang Sengsara, Sedih dan Kecewa.
Saturday, February 12, 2011 • 11:59 PM • 0 comments Bagaimana Untuk Menggembirakan Hati Yang Sengsara, Sedih dan Kecewa. Sebenarnya nak menghilangkan rasa sengsara, sedih dan kecewa caranya ada banyak, dan keberkesanannya terpulang pada ketahanan mental Anda, emosi Anda, kesabaran Anda. Tapi saya boleh jamin cara yang saya kongsikan ni, sebelum saya menulisnya, telah diguna oleh kebanyakan orang dan telah ditulis oleh ramai pakar motivasi, penulis buku pembangunan diri dan mereka sendiri telah melakukannya dulu. Untuk tips motivasi kali ini, saya kongsikan 7 tips asas menggembirakan hati yang sengsara, sedih dan kecewa serta cara untuk berdepan dengan emosi tersebut, saya gabungkan dengan cara saya sendiri. Kita mulakan dengan… 1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit. Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja Anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu. Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita Anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan. Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian Anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri. 2. Buang Sikap Risau. Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa Anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan Anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat Anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri Anda mengawal emosi. 3. Belajar Rajin Bersyukur. Ucap syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yang memahami Anda dan Anda mempunya hanphone kesayangan Anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Buat banyak kali dalam sehari. 4. Belajar Menjadi Pemaaf. Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda Anda. Ketahuilah, Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak memaafkan kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun… Anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda. 5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa. Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan Anda boleh ketawa? Come on… 6. Ubah Fikiran Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya. Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki Anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda selalu fikirkan. Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction. 7. Hati Mesti ‘Keras’. Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu. Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan. Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri. Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda. Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya. Labels: Motivasi Belajarlah erti puas, Makna Bersederhana
• 11:31 PM • 0 comments ![]() BERSEDERHANA adalah sebaik-sebaik amalan yang dituntut oleh agama kita. Walau sesiapa pun kita, usah lupa bahawa kita ini sama sahaja pada pandangan Dia. Allah tidak pernah membezakan kita sebagai hamba mengikut pangkat, harta atau pun kejayaan di atas muka bumi ini. Yang dilihat adalah sebanyak mana amalan kita sebagai makhluk yang taat, juga sejauh mana usaha kita dalam mengejar sesuatu impian itu. Apakah mesti kita seorang yang digelar hebat-hebat juga mesti menampilkan kepada orang ramai bahawa kita memang di kalangan golongan yang hebat-hebat. Ya, memang agama menuntut setiap umatnya supaya mengejar kemewahan di dunia di samping tidak mengabaikan tuntutan akhirat. Berjaya dunia berjaya juga kelak di sana nanti. Itulah juga yang sebaiknya. Namun adakah mesti untuk kita sebagai hamba yang hina dan tidak punya apa ini untuk bermegah dengan apa yang telah kita kecap selama ini. Tidakkah semua ini hanya pinjaman? Bukankah lebih baik jika amalan merendah diri itu terus dijadikan asas dan pasak yang kukuh dalam pengamalan harian kita sebagai seorang hamba. Barulah bertepatan dengan status kita sebagai seorang hamba. Apakah seorang doktor itu wajib untuk memakai kereta-kereta mewah, adakah seorang usahawan berjaya dan terkenal itu harus untuk memiliki rumah-rumah yang besar dan adakah hina seorang peniaga di pasar malam itu jika hanya memandu sebuah van yang buruk? Hatta sampai sekalipun kita ke tahap manusia terkaya di dunia ini, kita tidak pernah dipaksa dan diwajibkan untuk mengejar semua perkara itu. Mengapa mesti kaya sering dikaitkan dengan kemewahan? Apakah kemewahan dan kekayaan itu sudah memang terpateri sinonim dengan lambakan harta dan wang ringgit? Aduh, alangkah indahnya sekiranya kekayaan dan kemewahan itu digandingkan sama dengan limpahan budi dan nilai agama yang turut juga mencapai kemewahan tidak terhingga dalam diri kita sebagai seorang manusia. Jadilah kita manusia yang bersyukur. Sesiapa pun kita usah angkuh jangan bongkak dengan apa yang dikecap. Belajarlah erti puas, makna bersederhana. Bersederhanalah dalam setiap amalan. Itulah juga amalan yang sebaiknya. ~permatanurani~~ Labels: Motivasi Mengapa Marah-marah selalu, Kawan?
• 11:15 PM • 0 comments ![]() MENGAPA kita selalu marah-marah? Salah sedikit, marahnya bukan main. Kalau sendiri punya silap tidak tahu. Namun, jika salah itu pada pihak lain, wah.. bukan main melentingnya! Realitinya anda, kalian dan juga saya tidak terlepas daripada sifat ini. Saban waktu kita berdepan dengan pelbagai konflik dan masalah hidup. Yalah, sudah lumrahnya alam. Hidup mesti berdepan dengan berjuta halangan dan rintangan. Barulah namanya sebuah penghidupan. Soalnya di sini, mengapa perlu marah-marah? Apa sebenarnya yang membuatkan kita selalu hilang kawalan dan mudah untuk merasa marah?
Menurutnya lagi, punca kemarahan ini juga adalah bergantung kepada peringkat umur individu itu sendiri. Baiklah, kenapa anda sering berasa tidak selesa? Serasa mahu sahaja menjerit-jerit tatkala jiwa sedang bergolak? Mengapa ya? Bagi golongan peringkat umur kanak-kanak, punca utama kemarahan mereka ialah apabila kurangnya perhatian daripada ibu bapa. Bagi golongan remaja pula kehilangan kebebasan yang diperolehi oleh mereka menjadi faktor utama kepada sifat marah ini. Buat para dewasa pula, mereka lebih terdorong untuk merasa marah dan tidak selesa lantaran tekanan serta bebanan hidup seperti kemiskinan dan juga kesusahan.
Dan akibat daripada cara yang salah untuk menghadapi konflik ini, permasalahan yang pada awalnya kecil akan menjadi bertambah rumit dan semakin sukar untuk diselesaikan. Justeru sebagai makhluk yang hebat dikurniakan oleh Allah S.W.T dengan akal yang cukup bijaksana seharusnya juga kita menggunakannya dengan sebaik-baiknya. Tatkala hendak marah itu ingatlah bahawa marah itu sifatnya syaitan. Dan bertenang-tenang itu jugalah sifat yang dituntut agama. Marah itu api, sejuk itu damai!
Buat Apa Nak Marah-Marah?
• 11:07 PM • 0 comments MARAH? Buat apa nak marah kak, bang, dik. Tak guna nak marah-marah. Buat penat mulut. Letihkan lidah aje nak marah-marah orang. Bazir air liur sudah tentunya. Daripada kita marah-marah orang, baik kita bertenang. Tenang itu kan sifat yang sangat terpuji, marah-marah ni pula kawannya syaitan. Sahabat serumahnya, iblis. Makhluk yang sedia menanti manusia untuk ke neraka. Anda mungkin terlalu marah sangat dengan kawan anda itu. Kita nak apa-apalah, ada aje yang dia tak puas hati. Ada aje yang tak betulnya. Ada juga yang tak kena. Pernahkan berdepan situasi macam ni? Kita buat itu, dia kata ini. Kita kata A betul, dia akan kata B yang betul. Memang semua salah. Dah tu anda nak salahkan siapa? Nak marahkan kawan anda itu, ha marahlah...Tapi ingatlah anda semua, marah-marah ni tak ada habisnya. Tak ada hujungnya. Kalau kita marah sekarang pun, nanti bila badan dah sejuk. Tatkala jiwa dah tenang semula. Cuba kita duduk seorang-seorang. Kita fikir semula apa yang kita buat tadi. Betul ke tak apa yang kita dah buat. Ya, ada orang yang sangat-sangat menyesal atas apa yang mereka telah buat. Pada suatu sudut, anda mungkin akan berasa puas. Puas menghentam orang lain. Rasa lega lepas marah-marah kawan kita itu. Tapi dari sudut yang lainnya, anda harus untuk merasakan bahawa apa yang anda buat tadi tu adalah tak betul. Walau apa pun keadaan, marah bukan penyelesaian terbaik. Daripada Abu Hurairah, bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: “Berikan daku wasiat.” Baginda bersabda: “Janganlah engkau marah.” Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda tetap bersabda: “Janganlah engkau marah.” Abang-abang dan adik-adik semua, pernah tak kita ambil faedah daripada riwayat al-lmam al-Bukhari ni. Dah selalu pun kita dengar kan? Ada tu sampai dah boleh hafal pun hadis ni. Tapi sejauh mana penghayatan kita terhadap apa yang telah kita tahu. Kadang-kadang bila kita marah, kita perlu ingat. Kita mesti cepat-cepat sedar bahawa bukan kita yang marah tu. Ya, kita sebenarnya tenang. Cakap kuat-kuat dalam hati. Jerit jelas-jelas dalam hati kita yang kita ni bukan seorang pemarah. Pasangkan selalu niat pagi-pagi masa bangun tidur bahawa hari ini aku tak mahu marah. Aku tak nak tensi-tensi. Aku nak senyum, aku nak hepi, aku nak gembirakan semua orang. Buatlah setiap hari macam itu, insyaAllah lama-lama pasti berjaya. Lambat laun anda pasti berubah. Saya selalu pesan juga kat diri saya, marah itu syaitan punya sikap. Saya bukan seorang pemarah. Saya bukan macam tu. Jadi, anda bagaimana? Nak marah, marahlah sana. Nak tenang, ha tenanglah. Segalanya anda yang tentukan. Segala ada di tangan anda. Jumpa lagi!
Tips Mengurangkan Stress (Motivasi Diri)
• 10:45 AM • 0 comments Kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah, namun kita masih tidak terlepas daripada menghadapi tekanan ketika bekerja. Pelbagai tekanan yang dihadapi menyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akan terlaksana. Tidak mustahil bagi individu yang berhadapan dengan masalah ini akan terbawa-bawa ke rumah hingga anak-anak pula menjadi mangsa. Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat yang ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah. Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan hidup. Antaranya ialah : 1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati. 2) Perbanyakkan membaca Al-Qur’an Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu. 3) Banyakkan Solat Sunat Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah. 4) Selalu berdoa kepada Allah Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa. 5) Bersangka baik dengan Allah Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan- Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu. 6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh. 7) Amal diet dengan disiplin yang kuat Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis. 8.) Menangis dengan sepuas hati Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. “Luaran lain hati lain” ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja. 9) Hargai kebolehan diri sendiri Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria. 10) Cintai diri sendiri “Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain”. Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya |