Annyeonghaseyo ArrienAmani @ L wife - Sixteen - Seoul I inspirit and eLement forever all my love is for eLement ? Tagboard Credits
Template : Arrien InspiritBig Help : K I M Nice View:Google Chrome Owner: Your Name
| Hakikat Dunia
Thursday, January 27, 2011 • 6:09 PM • 0 comments Siapakah ‘Dunia’? Berapa ramai di antara kita yang sedar dan kenal benar dengan sifat dunia? Sebagaimana manusia, dunia juga punya personalitinya yang tersendiri agar kita mudah mengenali dan tahu bagaimana untuk ‘berhubungan’ dengannya. Allah swt mengingatkan kita melalui firmanNya dalam surah Ali Imran ayat 185 yang bermaksud, "Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari Qiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu siapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan kedalam syurga, maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesarannya), tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya". Sekali lagi, sifat dunia diterangkan dalam firman Allah swt dalam surah al-Hadid ayat 20 yang bermaksud: "Ketahuilah!, bahwa (yang dikatakan )kehidupan dunia itu tidak lain, melainkan permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bauan hidup yang bertujuan) bermegah-megah diantara kamu (dengan kelebihan , kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak(semua itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur), menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman-tanaman itu bergerak segar (kesuatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahwa) di akhirat ada azab yang (disediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia) dan (ada pula) keampunan besar serta keredhaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah bahwa) kehidupan dunia ini tidak lain , hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya" Jelas dapat kita lihat bahawa dunia yang kita diami saat ini mempunyai beberapa sifat dan ciri yang perlu kita ketahui supaya perhubungan kita dengan dunia lebih harmoni. Pertama, pada sifat dunia yang indah. Allah swt menciptakan dunia dengan seribu satu keindahan dalam pelbagai rupa dan bentuk. Cukuplah sekadar kita memerhatikan lukisan alam yang merona biru pada luasnya awan, pada bukit bukau dan hutan belantara yang menghijau, pada senja nan jingga, juga pada cerianya warna- warni pelangi. Semuanya bersatu dalam jalinan pelbagai tona warna. Mampukah tangan kita menghasilkan karya kreatif yang serupa? Siapakah yang mampu menandingi sentuhan indah Sang Mahakarya? Ditambah lagi dengan hiasan-hiasan fizikal pada dunia seperti para wanita, limpahan harta benda, pangkat dan darjat dan segala macam bentuk keindahan yang tak terhitung banyaknya. Ciri kedua yang terdapat pada dunia terletak pada kesenangan yang kita rasai ketika mendiaminya. Pada dunia terkandungnya kehidupan yang serba serbi sempurna dan mudah. Pada dunia juga dihamparkan pelbagai bentuk permainan dan hiburan kehidupan yang pastinya membuaikan tiap-tiap jiwa di dalamnya. Lalu berbondong-bondonglah manusia mengejar kedua-dua ciri dan karakter dunia yang pada hakikatnya masih belum sempurna proses ‘perkenalan’nya. Apa yang terzahir hanyalah pada permukaan sifat dunia sekaligus menafikan perbandingan yang turut diceritakan Khaliq dalam firmanNya yang disebutkan di atas. Lupakah kita pada sifat dunia yang dikatakan indah dan senang itu hanyalah pada mereka-mereka yang terpedaya? Bukankah pada keindahan dan kesenangan dunia turut diiringi sifat dunia yang palsu dan sementara? Kerana itu dunia ini disebut-sebut namanya sebagai ‘Dunia Fana’. Fana bererti lenyap. Lenyap sifatnya tidak kekal dan segala yang lenyap itu pastilah selepas berlakunya kemusnahan yang nyata. Itulah hakikat sebenar dunia bagi mereka yang benar-benar mengenalinya.Labels: Renungan |
0 Comments:
Post a Comment