Annyeonghaseyo ArrienAmani @ L wife - Sixteen - Seoul I inspirit and eLement forever all my love is for eLement ? Tagboard Credits
Template : Arrien InspiritBig Help : K I M Nice View:Google Chrome Owner: Your Name
| Kembara..Sudah Puaskah Aku Mengembara?
Thursday, January 27, 2011 • 6:06 PM • 0 comments Kembara insani, menyelusuri permusafiran qada dan qadar Illahi...ah, akulah insan yang sedang mengembara itu... Dalam menyusun gerak langkah, aku sedar adakala langkah ini tersasar dari landasan. Adakala, aku mahu berjalan laju, adakala aku jauh ketinggalan di belakang. Ada ketikanya, aku terburu-buru, mahu terus berlari, lantas tidak menghiraukan batuan batuan yang menghalang kembara insanku, lalu jatuh tersungkur, rebah dan terluka. Gopohnya aku, mencerminkan betapa hinanya seorang hamba Tuhan, kerana untuk melangkah setapak kehadapan pun masih perlu bergantung pada kuasa Al-Akbar.. Apalah sangat kudratku ini hendak dibandingkan dengan 'Azimnya Dia? Lemah daya, kelu, kaku, tiada apa-apa. Kosong. Kelam. Suram. NOKTAH. Aku kini sedang berdiri. Sesaat nanti aku mungkin duduk atau mungkin aku tertidur. Semua itu BUKAN aku yang tentukan. Tetapi Allah, sebaik-baik perancang. Aku kini sedang menghela nafas, Mungkin sesaat nanti aku sudah kaku tidak bernyawa. Semua itu Allah yang tentukan, BUKAN aku. ..............................................(kosongnya minda) Allahu Akbar... Aku masih lagi mahu terus mengembara. Aku masih mahu terus menjadi pengembara. Bumi ini masih banyak yang ingin aku terokai. Butir-butir hikmah yang bertaburan masih belum cukup aku miliki. Ruang lompong kehidupan masih belum aku penuhi. Jasad yang masih belum banyak menyumbang.. Iman dan amal yang masih belum seimbang.. Pada tingkah laku yang terkadang sumbang.. Pada kata-kata yang ada ketika masih 'ter'simpang.. Pada ekor mata yang adakala masih rambang... Allahu Akbar... Aku masih punya segunung impian. Jasaku pada orang tua yang menaruh setinggi harapan... Istana cinta fitrahku yang masih dalam samar bayangan.. Juga pada impian memiliki zuriat yang beriman.. dan pastinya pada cita-citaku menjadi isteri solehah dan budiman.. Allahu Akbar.. Aku sedang mengembara Dan akulah pengembara Dan aku masih mahu terus mengembara Sehingga sampai satu detik masa Aku ditakdirkan berhenti Aku akur dan..saat itu, moga aku sudah puas mengembara... ~permatanurani~~ Labels: Renungan |
0 Comments:
Post a Comment