Annyeonghaseyo ArrienAmani @ L wife - Sixteen - Seoul I inspirit and eLement forever all my love is for eLement ? Tagboard Credits
Template : Arrien InspiritBig Help : K I M Nice View:Google Chrome Owner: Your Name
| Laskar Pelangi
Friday, January 21, 2011 • 11:03 PM • 0 comments berlarilah tanpa lelah demi mengejar impianmu.. bebaskan dirimu... Pertama kali mendengar lagu ini, hati mula terusik. Sekarang ini ada juga lagu yang berunsur motivasi yang bukan sahaja enak didengari tetapi senang diikuti.. Sungguh lagu ini memberikan satu semangat yang luar biasa saya kira...Tercari-cari siapakah penyanyi lagu ini. Akhirnya, dapat juga saya mengetahui siapa penyanyi lagu ini dan yang paling penting judulnya sekali.(mudah bagi saya nak download di internet) Sungguh puitis halwa teliga mendengarkan bait-bait lagu ini. Mungkin diri ini sahaja yang merasa sedemikian. Orang lain saya tak tau. Tatkala mendengarkan lagu ini, seolah-olah memberi satu semangat kepada diri betapa pentingnya untuk bebas mengejar impian walau kadang-kala dunia ini tidak adil. Betapa kita patut mencontohi laskar pelangi yang tidak pernah terikat dek waktu, betapa kita perlu berlari tanpa lelah dalam mengejar impian dan tidak jemu serta sentiasa bersyukur dengan pencipta. Bagi saya lagu berunsur motivasi seperti ini, sesuai untuk pelajar-pelajar yang perlukan dorongan dalam mengejar setiap impian. Lagu ini juga mengingatkan kepada diri saya, di dunia ini penuh dengan warna-warni kehidupan dan sebagai manusia, kita perlu menwarnai setiap bintang dalam kehidupan, walaupun bukan semuanya adil namun yang penting kita telah mencuba membuatkan diri gembira hidup di dunia walaupun tidak seindah berada di syurga. Untuk perkongsiaan teman-teman yang melawati blog ini, saya sertakan lagu “laskar pelangi” dendangan kumpulan Nidji. Moga-moga dengan lagu ini memberikan kita sedikit harapan untuk mewarnai dan mengejar impian kita. Insya Allah dengan izinNya setiap impian pasti menjadi kenyataan. Dan apa yang saya harapkan semoga kalian mendoakan kebahagian saya.. ~permatanurani~~ Labels: Renungan |
0 Comments:
Post a Comment