Annyeonghaseyo ArrienAmani @ L wife - Sixteen - Seoul I inspirit and eLement forever all my love is for eLement ? Tagboard Credits
Template : Arrien InspiritBig Help : K I M Nice View:Google Chrome Owner: Your Name
| PETUA MENJADI PELAJAR CEMERLANG
Wednesday, January 26, 2011 • 8:35 AM • 0 comments Isu kali ini akan mengupas petua untuk menjadi pelajar cemerlang, namun beberapa halangan perlu diatasi segera. Suka Bertangguh-Tangguh Pada awal tahun biasanya pelajar berasa cukup selesa dan berasakan bahawa terdapat banyak masa lagi untuk mengulang kaji pelajaran. Jadi, mereka mengabaikan sahaja waktu yang ada untuk mengulang kaji pelajaran. Apabila tiba waktu peperiksaan, semuanya akan menjadi kelam-kabut. Akibatnya, keputusan peperiksaan tidak memberangsangkan. Oleh sebab itu, buatlah persediaan lebih awal sebelum menghadapi peperiksaan yang akan ditempuh. Elakkan daripada sikap menangguhkan kerja. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna. Tidak Belajar Secara Berkumpulan Belajar secara berkumpulan adalah satu cara belajar yang amat berkesan sekiranya diamalkan dengan betul. Akan tetapi ramai pelajar tidak mengetahui hakikat ini dan lebih gemar belajar bersendirian. Ada beberapa faktor yang menyebabkan tidak ramai yang mempraktikkan belajar secara berkumpulan, antaranya: 1. Berasa Diri Sudah Pandai Tanggapan seperti ini salah kerana sepandai mana pun anda, dengan mengajar atau mendengar orang lain bercakap mengenai sesuatu, anda akan dapat memperbaiki kefahaman anda. Bahkan dengan membuat ulang kaji, maklumat yang diterima itu menjadi “long term memory” atau ingatan jangka panjang. Di samping itu, setiap orang mempunyai kelebihan masing-masing dan setiap orang mempunyai kefahaman yang berbeza. Mungkin anda bijak dalam pelajaran matematik, manakala kawan anda bijak dalam pelajaran bahasa Inggeris. Anda boleh saling melengkapi antara satu dengan yang lain. 2. Malu Mengakui Kelemahan Diri. Setiap insan diciptakan oleh Allah S.W.T mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. Sehebat mana pun seseorang itu, tentu mempunyai kelemahan juga. Maka dengan mengenal pasti kelemahan yang ada pada diri sendiri, anda boleh mengambil langkah positif untuk memperbaiki dan mengatasi kelemahan itu. 3. Tidak Kenal Kehebatan Diri Sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan makhlukNya dengan penuh kesempurnaan. Manusia adalah makhluk ciptaan Allah yang terbaik dan dimuliakan kerana kita dikurniakan akal fikiran yang tidak dianugerahkan kepada makhluk lain. Manusia berbeza dengan haiwan kerana manusia diberikan akal untuk berfikir. Nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T ini haruslah disyukuri dan dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Setiap manusia diciptakan dengan kelebihan dan kekurangan tersendiri. Oleh sebab itu kita perlu mencari dan menonjolkan kelebihan yang dimiliki serta memperbaiki kelemahan yang ada pada diri sendiri. Walau bagaimanapun, jika diperhatikan fenomena pada hari ini, ramai pelajar gagal mengenal pasti kelebihan dan kehebatan diri sendiri. Alhasil, rasa rendah diri akan wujud, terutama apabila berhadapan dengan pelajar yang lebih pintar. Setelah gagal sekali, mereka terus mengalah dan mengakui bahawa mereka memang tidak pandai dan tiada harapan untuk berjaya. Pelajar yang tidak mengenal kehebatan diri, sukar untuk berjaya dalam pelajaran kerana dia mudah menyerah kalah sebelum berjuang. LANGKAH-LANGKAH PELAJAR CEMERLANG Pelajar cemerlang terjadi dengan susah payah, bukan terjadi dengan diri sendiri. Langkah 1: Taat kepada Allah S.W.T Taat bererti sentiasa mematuhi suruhan Allah S.W.T dan meninggalkan laranganNya. Ketaatan kepada Allah mestilah secara mutlak dan secara keseluruhan. Hal ini bererti kita tidak boleh memilih untuk melakukan suruhan Allah yang kita gemar dan meninggalkan amalan yang dirasakan sukar tetapi kita mesti mengambil kesemuanya. Ciri-ciri pelajar yang sentiasa memelihara hubungannya dengan Allah ialah: § Melaksanakan solat fardhu dan ibadah wajib yang lain seperti berpuasa. § Membuat kebajikan dan kebaikan seperti menolong ibu bapa dan rakan seperjuangan. § Menjaga kebersihan fizikal, mental dan rohani. § Sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T . § Sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah S.W.T. § Sentiasa bertaubat memohon keampunan Allah S.W.T § Menjaga batas-batas pergaulan seperti yang dituntut oleh syarak. § Menghormati guru, ibu bapa dan mereka yang lebih tua. Langkah 2: Doakan Ibu Bapa Ibu bapa adalah orang yang sewajarnya diberikan penghormatan yang tinggi kerana pengorbanan mereka membesarkan anda dan seterusnya mengasuh dan mendidik anda menjadi insan yang berguna. Setiap hari anda haruslah mendoakan kesejahteraan ibu bapa selain mendoakan kejayaan anda sendiri. Restu ibu bapa juga harus dipohon bagi membolehkan anaknya mendapat keberkatan dan ketenangan semasa belajar dan dapat menghadapi kesulitan. Allah S.W.T telah menjanjikan ganjaran yang besar buat anak yang mendoakan ibu bapa dan membuat kebajikan. Langkah 3:Hormat dan Sayang kepada Guru Guru bertanggungjawab menyampaikan ilmu kepada kita. Oleh yang demikian, pelajar seharusnya menyayangi dan menghormati guru. Islam sendiri meletakkan guru di tahap dan darjat yang amat mulia dan tinggi Labels: Pembelajaran |
0 Comments:
Post a Comment