Annyeonghaseyo ArrienAmani @ L wife - Sixteen - Seoul I inspirit and eLement forever all my love is for eLement ? Tagboard Credits
Template : Arrien InspiritBig Help : K I M Nice View:Google Chrome Owner: Your Name
| Buat Apa Nak Marah-Marah?
Saturday, February 12, 2011 • 11:07 PM • 0 comments MARAH? Buat apa nak marah kak, bang, dik. Tak guna nak marah-marah. Buat penat mulut. Letihkan lidah aje nak marah-marah orang. Bazir air liur sudah tentunya. Daripada kita marah-marah orang, baik kita bertenang. Tenang itu kan sifat yang sangat terpuji, marah-marah ni pula kawannya syaitan. Sahabat serumahnya, iblis. Makhluk yang sedia menanti manusia untuk ke neraka. Anda mungkin terlalu marah sangat dengan kawan anda itu. Kita nak apa-apalah, ada aje yang dia tak puas hati. Ada aje yang tak betulnya. Ada juga yang tak kena. Pernahkan berdepan situasi macam ni? Kita buat itu, dia kata ini. Kita kata A betul, dia akan kata B yang betul. Memang semua salah. Dah tu anda nak salahkan siapa? Nak marahkan kawan anda itu, ha marahlah...Tapi ingatlah anda semua, marah-marah ni tak ada habisnya. Tak ada hujungnya. Kalau kita marah sekarang pun, nanti bila badan dah sejuk. Tatkala jiwa dah tenang semula. Cuba kita duduk seorang-seorang. Kita fikir semula apa yang kita buat tadi. Betul ke tak apa yang kita dah buat. Ya, ada orang yang sangat-sangat menyesal atas apa yang mereka telah buat. Pada suatu sudut, anda mungkin akan berasa puas. Puas menghentam orang lain. Rasa lega lepas marah-marah kawan kita itu. Tapi dari sudut yang lainnya, anda harus untuk merasakan bahawa apa yang anda buat tadi tu adalah tak betul. Walau apa pun keadaan, marah bukan penyelesaian terbaik. Daripada Abu Hurairah, bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: “Berikan daku wasiat.” Baginda bersabda: “Janganlah engkau marah.” Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda tetap bersabda: “Janganlah engkau marah.” Abang-abang dan adik-adik semua, pernah tak kita ambil faedah daripada riwayat al-lmam al-Bukhari ni. Dah selalu pun kita dengar kan? Ada tu sampai dah boleh hafal pun hadis ni. Tapi sejauh mana penghayatan kita terhadap apa yang telah kita tahu. Kadang-kadang bila kita marah, kita perlu ingat. Kita mesti cepat-cepat sedar bahawa bukan kita yang marah tu. Ya, kita sebenarnya tenang. Cakap kuat-kuat dalam hati. Jerit jelas-jelas dalam hati kita yang kita ni bukan seorang pemarah. Pasangkan selalu niat pagi-pagi masa bangun tidur bahawa hari ini aku tak mahu marah. Aku tak nak tensi-tensi. Aku nak senyum, aku nak hepi, aku nak gembirakan semua orang. Buatlah setiap hari macam itu, insyaAllah lama-lama pasti berjaya. Lambat laun anda pasti berubah. Saya selalu pesan juga kat diri saya, marah itu syaitan punya sikap. Saya bukan seorang pemarah. Saya bukan macam tu. Jadi, anda bagaimana? Nak marah, marahlah sana. Nak tenang, ha tenanglah. Segalanya anda yang tentukan. Segala ada di tangan anda. Jumpa lagi!
|
0 Comments:
Post a Comment