Nothing's Over !!.
N O T H I N G'S O V E R

Annyeonghaseyo


ArrienAmani @ L wife - Sixteen - Seoul
I inspirit and eLement forever
all my love is for eLement ?

Tagboard


Credits
Template : Arrien Inspirit
Big Help : K I M
Nice View:Google Chrome
Owner: Your Name


Tips Menjadi Bapa Yang Disayangi
Monday, February 7, 2011 • 6:58 AM • 0 comments
*Jadi ketua keluarga yang baik.

Pamerkan tingkah laku dan teladan yang baik di depan semua anak-anak. Jangan sesekali berasa Segan ataupun cuba mengelak mengakui kesalahan anda di depan mereka. Tidak jika anda mengucapkan kata-kata maaf apabila berbuat silap atau salah anggap terhadap anak-anak. Buang jauh-jauh ego anda dan cuba menerima pandangan anak-anak dalam situasi tertentu.

*Mesti mengetahui keutamaan anda.

Sesetengah bapa mempunyai jawatan tinggi dan mempunyai tanggungjawab besar di tempat kerja. Golongan ini biasanya sentiasa sibuk dan banyak menghabiskan masa di pejabat berbanding di rumah. Jadi cuba fikirkan apa prioriti anda terhadap keluarga dan kerja. Biarpun sibuk namun anda harus meletakkan keluarga sebagai keutamaan anda.

*Luangkan masa bersama anak anda.

Luang dan peruntukkan sebanyak mungkin masa bersama anak-anak. Bapa yang disayangi adalah bapa yang sentiasa ada masa bersama-sama anak terutama ketika sedang membesar. Anak-anak memerlukan anda untuk bermain dan berbual. Walaupun tidak meminta tetapi setiap anak mahukan bapa mereka beri perhatian kepada mereka. Jadi jangan sesekali lupa masa bersama mereka.

*Uruskan masa anda dengan baik.

Urus masa anda sebaik mungkin, misalnya, bila masa bersama keluarga dan bila bersama rakan-rakan. Tolong jangan sesekali bersikap macam orang bujang!

*Memahami keluarga anda.

Cuba faham apa yang keluarga dan anak-anak anda suka. Misalnya, apa aktiviti kegemaran anak-anak, jadi beri mereka sokongan sepenuhnya. Anak-anak akan rasa dihargai dan akan menghargai sokongan anda. Anda juga perlu menghormati minat dan hobi mereka selagi tidak memudaratkan.

*Ambil masa untuk temujanji.

Luangkan sedikit masa untuk keluar temu janji istimewa bersama isteri. Mungkin sekali dalam seminggu. Wanita walaupun tidak meminta tetapi amat berharap sedikit privasi bersama pasangan. Anak-anak akan memahami dan melihat contoh yang baik.

*Jangan sakiti anak-anak.

Tolong jangan pukul atau sakiti anak-anak anda setiap kali mereka berbuat salah atau nakal. Cuba tenangkan diri anda dan minta mereka tidak ulangi kesalahan dengan cara yang baik. Ini kerana kecil tidak memahami apa-apa, jadi tiada guna anda menyakiti.

~Komen Penulis~
*Sebelum nak menjadi bapa, mantapkanlah dulu segala ilmu-ilmu di dada ya,......nanti dah jd bapa kenalah pandai mengambil hati dan menjaga isteri dan anak-anak. JAngan lupa juga dari segi agama dan seorang bapa hendaklah tegas dalam soal agama ini...Sekian.


0 Comments:

Post a Comment


? ?