Annyeonghaseyo ArrienAmani @ L wife - Sixteen - Seoul I inspirit and eLement forever all my love is for eLement ? Tagboard Credits
Template : Arrien InspiritBig Help : K I M Nice View:Google Chrome Owner: Your Name
| KENANGAN TERINDAH DI SMK BANDAR TASIK SELATAN
Sunday, May 1, 2011 • 11:26 PM • 0 comments Assalamualaikum dan salam sejahtera…Salam 1 Malaysia… Alhamdulillah, syukur pada ilahi kerana dipertemukan lagi serta dipanjangkan umur.. Sudah lama rasanya saya tak update blog Permata Nurani ini. Sebelum final exam hari tu pun dah kena tegur dek lecturer, ‘awak semua tak update blog ke?? Semua ni markah tau’…hehehe… Hari ni saya ingin coretkan 1 kisah dan kenangan yang paling indah dlm hidup saya walaupun ada terselit rasa pahitnya..Kisah perjalanan program untuk subjek Pengurusan dan Konsultasi Kaunseling Sekolah. Subjek ni memerlukan kami sebagai bakal kaunselor membuat 1 perancangan program di sekolah untuk para pelajar. Tak kisah lah program motivasi ke, kemahiran belajar ke, pengurusan stress ke, asalkan program yang dapat memberi manfaat dan input yang berguna kepada para pelajar. Secara tak langsung ia juga dapat memberi faedah serta ilmu kepada kami bakal-bakal kaunselor bagaimana membuat program di sekolah serta cara nak deal dengan konsultee...Kami pula konsultan...hehe..1 kumpulan seramai 6 atau 7 orang. Kelas kami, semester 5 hanya ada 31 orang je..so, bahagilah.. Kisah ini agak panjang dan banyak dugaan yang perlu kami tempuhi sebelum dapat ke SMK BTS ni.. Kisahnya bermula apabila pengarah program kami membuat perancangan untuk membuat program di MRSM Trolak, Felda..MRSM, gah namanya di mata saya..Rasa takut menerpa dalam hati ni. 1st time buat program di sekolah MRSM. Tiap2 malam buat mesyuarat dan kami setuju dan deal dengan pihak sekolah program kami iaitu LASTAS, Lawan Stress Tawan Sukses. Sebuah program pengurusan stress. Tiba-tiba, kami dikejutkan dgn 1 berita yg tak berapa nak sedap didengari. Pihak sekolah cancel program yang bakal dijalankan disebabkan perkara yang tak dapat dielakkan. Hancur...harapan nak buat kat sekolah MRSM hancur berkecai..Namun, kami ada backup plan. Pengarah program ada sebuah sekolah lagi, iaitu SMK Air Kuning, Mambang Di Awan, Perak. Sekali lagi kami terpaksa bertungkus lumus menghabiskan masa dengan bermesyuarat tiap2 malam untuk program kat SMK air kuning ni. Sekali lagi perkhabaran buruk kami terima..Sekolah ni pun cancelkan program kami..Nak dinyatakan sebab panjang ceritanya. Sekali lagi...hancur..semuanya dah ditempah tapi program tak jadi di saat-saat terakhir. Keadaan ini berpanjangan sehinggalah satu saat ini, salah seorang rakan kelas kami, Ridzuan menghulurkan bantuan. Pihak Sekolah Menengah Bandar Tasik Selatan, KL mengalu-alukan kami dari UPSI mengadakan program di sekolah tersebut. Ridzuan dan kumpulannya pernah mengadakan program di sekolah ini banyak membantu kami berurusan dengan pihak sekolah. Sekali lagi kami terpaksa bermesyuarat. Nama programnya, JOM BIJAK BELAJAR, sebuah program kemahiran belajar. Saya amat gembira apabila program yang bakal diadakan ini tidak ada apa-apa masalah. Kami, seramai 7 orang, 2 lelaki, 5 perempuan. Nak dijadikan cerita, kami 5 orang perempuan merancang untuk pergi ke KL dengan hanya menaiki komuter dari T. Malim ke KL. Memang happening time tu. Yang laki pulak naik kereta membawa beg2 kami serta barang program.hehe..
|
0 Comments:
Post a Comment