Annyeonghaseyo ArrienAmani @ L wife - Sixteen - Seoul I inspirit and eLement forever all my love is for eLement ? Tagboard Credits
Template : Arrien InspiritBig Help : K I M Nice View:Google Chrome Owner: Your Name
| Apa itu Nilai dan Bagaimana ia Terbentuk?
Friday, January 21, 2011 • 9:47 PM • 0 comments APA ITU NILAI? Secara ringkas nilai adalah satu keyakinan yang kukuh dan mampu bertahan lama dalam diri seseorang. Ia menentukan apa yang kita rasa dan yakini benar, baik dan betul dalam kehidupan ini. Nilai menimbulkan rasa dalaman yang menyebabkan kita sanggup berkorban dan mempertahankan apa yang kita yakini berharga dalam hidup. Jadi, nilai adalah pemandu, pendorong dan sumber kekuatan untuk kita membuat keputusan dan bertindak dalam kehidupan seharian. Oleh sebab itu, untung atau celakanya kehidupan kita di dunia dan akhirat dipengaruhi oleh nilai yang menjadi pegangan kita. Manusia bertindak melakukan atau tidak melakukan sesuatu berdasarkan emosi, bukannya logik. Begitulah mengikt hasil kajian pakar-pakar psikologi. Maknanya apa yang kita rasa itulah yang mendorong kita membuat keputusan dan bertindak, bukan apa yang kita fikirkan. Ini menjelaskan mengapa sesuatu perkara yang telah kita ketahui kebaikannya, tetapi kita gagal melakukannya. Dan tetap melakukan sesuatu perbuatan walaupun telah kita akui keburukannya. Solat subuh misalnya, memang telah sedia kita ketahui lebih baik daripada tidur. Muazin telah menyeru, “ Solat itu lebih bak daripada tidur”. Namun mengapa begitu sukar untuk kita bangun melaksanakannya? Mengapa tindakan kita tidak selaras dengan apa yang kita ketahui dan fikirkan? Begitu juga menghisap rokok, walaupun memang diakui memudaratkan kesihatan tetapi masih ramai yang terus menghisapnya termasuk sesetengah doktor. Semua itu menunjukkan dominasi emosi mengatasi logik. Sering kali apa yang kita fikir dan rasa bertentangan . Dan dalam pertentangan ini emosi akan mengatasi logik. Apakah yang mempengaruhi emosi kita? Jawabnya, nilai!. Oleh sebab itu, nilai ialah unsur yang sangat penting dalam kehidupan kita. Jika nilai yang kita pegang itu betul, benar dan baik, maka tindakan kita pun akan betul, benar dan baik. Dan sekiranya tersasar, hidup kita seluruhnya akan tersasar jua. ERTI NILAI Seseorang individu boleh melaksanakan solat subuh hanya apabila dia meyakini dan merasai bahawa solat Subuh itu sesuatu yang bernilai dalam hidupnya berbanding tidur. Manakala perokok tegar akan terus merokok kerana merasakan perbuatannya itu akan memberikan ketenangan dan keseronokan. Keputusan yang dibuat untuk bangun solat subuh atau terus merokok ditentukan oleh nilai masing-masing. Nilai pegangan seseorang menentukan apa yang dirasakannya penting dan sangat berharga dalam hidup. Setiap rang mesti jelas tentang apakah nilai yang dipegangnya. Ini supaya dia dapat menjawab persoalan, apa yang kita inginkan dalam hidup ini dengan sejelas-jelasnya. Malangnya, ramai yang tidak tahu secara spesifik apa yang mereka inginkan dalam hidup. Ini menyebabkan mereka kabur tentang erti kejayaan dan kebahagiaan. Bolehkah kita mencapai sesuatu yang tidak kita ketahui? Tidak hairan kalau dikatakan, masalah manusia bukan tidak boleh berjaya tetapi masalah sebenar ialah manusia tidak tahu apa itu kejayaan yang sebenarnya. Dan ramai juga orang yang telah tahu tentang apa yang mereka inginkan dalam hidup tetapi tidak mempunyai semangat untuk mencapainya. Ketahuilah, seseorang yang tidak dapat mencapai apa yang diinginkan dalam hidup adalah kerana dua sebab. Pertama, kita tidak benar-benar inginkan (keinginan kita tidak menyala-nyala). Kedua, kerana kita tidak membayar “harga” (usaha, kesusahan dan kesabaran) untuk mencapai keinginan itu. KONFLIK NILAI Jika kedua-dua faktor di atas wujud dalam diri seseorang, bermakna dia menghadapi masalah nilai - sama ada dia tidak mempunyai nilai langsung atau nilainya dalam keadaan bercelaru dan dan bertentangan antara satu sama lain. Misalnya, dia ingin kejayaan tetapi pada masa yang sama dia ingin terus seronok berada dalam zon selesanya. Mana mungkin kejayaan dicapai selagi kita masih berada dalam zon selesa? Kejayaan hanya berada dalam zon mencabar. Inginkan kejayaan tetapi masih ingin terus berseronok samalah seperti mengharapkan terang dan gelap pada masa yang sama. Kata pepatah, jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya? Inilah konflik nilai yang sering berlaku dalam diri orang yang gagal. Ironinya, ada orang yang inginkan kasih sayang, persahabatan dan ketenangan dalam perkahwinan tetapi pada masa yang sama dia ingin terus menikmati kebebasan tanpa perlu dibebankan tanggungjawab dan amanah bagi melindungi isteri dan anak-anaknya. Individu yang begini dia akan jadi serba salah, antara keinginan untuk berkahwin atau terus membujang. Labels: Motivasi |
0 Comments:
Post a Comment