Annyeonghaseyo ArrienAmani @ L wife - Sixteen - Seoul I inspirit and eLement forever all my love is for eLement ? Tagboard Credits
Template : Arrien InspiritBig Help : K I M Nice View:Google Chrome Owner: Your Name
| Hikmah Luka Semalam
Thursday, January 20, 2011 • 1:49 AM • 0 comments Salamullahi'alaikum... Ya Allah, Jika ini jalan terbaik buatku dan 'dia', maka Engkau tetapkanlah hati kami agar beroleh kekuatan dan terus istiqamah dalam menempuh duri ranjau 'perjalanan meniti kedewasaan'. Amin Ya Allah, Kini aku benar-benar mengerti, sunnatul hayah bukanlah dalam genggaman tanganku. Qada' dan Qadar bukan atas fasih lidahku. Tapi segalanya adalah atas qudrat dan iradatmu. Engkau mengetahui apa yang kami tidak ketahui dan engkau lebih mengerti apa yang terbaik buat kami. Syukur Ya Allah, Engkau menghadiahkanku sebuah perjalanan hidup yang cukup indah. Engkau pernah menjatuhkan aku dan seringkali Engkau membangunkan aku dari jatuhan-jatuhan itu. Sifatku sebagai hamba tak kan lari dari pengawasan nafsu. Nafsu Lawwamah masih hebat memelukku walau bergunung usaha pernah ku taruhkan. Bukan sengaja nafsu itu dicipta, tapi adalah sebagai peringatan buat diriku. Namun aku selalu terlupa walaupun senantiasa diingatkan. Terima kasih Ya Allah, Dalam perjalananku mencari cinta dan redhaMu, Engkau meniupkan pada hatiku sedamai rasa keajaiban. Jika ini ajaibnya rasa cinta makhluk, sudah pasti tak dapat ku nafikan betapa hebatnya cinta Mu. Ya, aku terpanah dengan cinta insan. Inilah yang pernah dan masih aku rasakan. Ternyata untuk mengelaknya, bagai menolak awan ke arah angin berlawanan. Aku sedar ia khilaf pada aturanmu, tapi sebagai manusia aku lemah. Lemah dalam menyulusuri jalan mujahadah. Ya Allah, Ya Tuhanku, Dia hadir memenuhi ruang dalam separuh perjalanan musafirku. Hatiku disentuh oleh lembut kehangatan kasihnya. Dengan sifat kejujuran dihias indah dalam dirinya, dia ingin menjadikan aku teman hidupnya dalam membina Mahligai Cinta. Aku cuba menolak. Tapi dek kejujurannya, aku gugup lalu terus menyambut harapannya dengan tujuan yang sama. Ingin aku menjadikannya teman bicaraku, teman tawa dan tangisku, pengubat kegalauan hatiku juga temanku tak kira musim atau waktu. Ya Allah, Tanpa sedar, aku telah merobohkan sendi-sendi SyariatMu. Batas-batas yang masih tebal mendinding, aku robohkan sesuka hatiku. Sekali lagi aku akui bukan salahnya. Segalanya tetap salahku kerana aku gagal membentuk. Jika benar aku ingin dia hidup bahagia di SyurgaMu bersamaku, mengapa sanggup aku membuka matanya pada jurang-jurang kemaksiatan? Kenapa? Kenapa denganku ini Ya Allah? Namun, aku syukur padaMu... Kerana Egkau membawaku pada satu titik perubahan. Mudah-mudahan mujahadah ini adalah yang sebenar-benar mujahadah. Dengan kehinaan sifat hamba, aku telah mecipta garis-garis luka dihatinya. Aku membuatkan orang tertawa padanya. Paling dahsyat, aku membuatkan dia menjalani hidup dalam derita. Sangkaku aku dapat menunjukkan padanya jalan terbaik atas landasan Syariat, tapi tindakanku tidak selari dengan niatku. Maka, hujan turun dengan lebatnya... Episod deritanya bermula... Maafkan aku Ya Allah, Kerana aku telah mensia-siakan amanahMu. Aku pun bingung dengan tindakanku waktu itu. Tergamak aku melakukan sedemikian padanya sedangkan hatiku tika itu telahku serahkan hanya untuknya. MasyaAllah... aku bersalah. Benar, aku bersalah kerana menzalimi cinta yang kau hadirkan dalam hatiku. Sekarang, terimalah balasannya wahai HATI! Ya Allah, Perpisahan ini dicipta bukan atas kebencian. Bukan atas paksaan. Tapi ikhlas hanya keranaMu. Memang benar kata hati masih menginginkan belaiannya, tapi aku harus akur bahawa tujuanku adalah hidup dan mati hanya untuk Mu. Kini, aku bermujahadah dengan seluruh jiwa dan ragaku untuk kembali menganugerahkan rasa cinta ini hanya padaMu. Aku berharap, dia juga begitu. Harapanku Ya Allah, Semoga Engkau mempertemukan kami kembali sebagai insan yang benar-benar menaruh harap cinta dan redhaMu. Semoga tercipta Mahligai Cinta yang benar-benar suci dari dosa dan noda. Tetapkanlah hati kami Ya Allah. Jika benar dia milikku, satukanlah hati-hati kami dengan cinta Mu. Jika sebaliknya dalam perancanganMu, tenangkanlah hatiku dengan segala ketentuanMu... Amiin Ya Allah... Amiin Ya Rabbal 'alamiin... ~permatanurani~~ Labels: Motivasi |
0 Comments:
Post a Comment