Nothing's Over !!.
N O T H I N G'S O V E R

Annyeonghaseyo


ArrienAmani @ L wife - Sixteen - Seoul
I inspirit and eLement forever
all my love is for eLement ?

Tagboard


Credits
Template : Arrien Inspirit
Big Help : K I M
Nice View:Google Chrome
Owner: Your Name


Rokok ....Antara Harga, Masalah Sosial @ Kesihatan?
Tuesday, January 25, 2011 • 12:57 AM • 0 comments
Merokok..
Rasa-rasanya isu ini adalah isu universal dan kronik di semua sekolah. Kita boleh katakan yang semua sekolah menghadapi masalah ini. Terlalu ramai pelajar yang merokok dan terlalu ramai yang cuba belajar merokok. Baik lelaki atau perempuan, mereka akan cuba belajar merokok. Bila merokok sudah jadi salah satu hobi tegar dalam kehidupan mereka, memang agak payah mereka nak berhenti merokok.
Bila ditanya, mengapa mereka merokok, ada yang kata, dengan merokok, baru mereka boleh siapkan kerja sekolah. Itu alasan aje tuh. Cakap aje yang korang memang tak boleh nak berhenti dari merokok. Ada yang bagitau, merokok ni macho, bergaya. Mereka leh dapat macam-macam dengan merokok.




Jika kita nak cerita bab merokok ni, ianya takkan habis selalu tembakau nih masih wujud kat dunia nih. Industri tembakau semakin berkembang setiap hari biarpun harga rokok sentiasa naik setiap tahun. Masih ramai yang membeli walaupun kerajaan dah naikkan harga rokok. Bukan pelajar sahaja, cikgu-cikgu pun merokok. Memang ada yang mengeluh sebab harga rokok naik, tapi mereka tetap sukar untuk berhenti merokok. Pendek kata, macam-macam alasan diberikan jika mereka nak merokok atau dinasihatkan cuba berhenti merokok.
Bagi aku senang aje, naikkan harga rokok ke RM50 atau RM100 sekotak. Nescaya, hampir 50% orang yang merokok akan berhenti secara perlahan-lahan. Memang mereka takkan berhenti terus, tapi kalau harga dah RM50, aku rasa mahu berfikir juga mereka untuk berhenti. Dengan harga banyak tu, boleh beli beras, ikan dan daging serta keperluan harian untuk satu minggu. Bagi pelajar, itu sudah boleh beli macam-macam berbanding sekotak rokok. Jadi, kerajaan harus buat sesuatu jika mahu menggalakan mereka untuk berhenti merokok.
Percaya atau tak, ini juga mampu mengatasi masalah pelajar-pelajar sekolah yang merokok. Pasti mereka akan terasa kesannya untuk jangka masa panjang. Malah, bukankah merokok merbahayakan kesihatan? Aku tak mahu pelajar-pelajar aku mati disebabkan oleh penyakit-penyakit yang puncanya dari merokok. Kurang dah pelajar aku yang akan belikan hadiah hari jadi untuk cikgu tersayang dan terhensem diorang nih. Jadi, janganlah merokok ye..


~permatanurani~~

Labels:



0 Comments:

Post a Comment


? ?