Nothing's Over !!.
N O T H I N G'S O V E R

Annyeonghaseyo


ArrienAmani @ L wife - Sixteen - Seoul
I inspirit and eLement forever
all my love is for eLement ?

Tagboard


Credits
Template : Arrien Inspirit
Big Help : K I M
Nice View:Google Chrome
Owner: Your Name


April Fool, Renungan untuk Anda!!
Sunday, February 13, 2011 • 12:22 AM • 0 comments



Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.




Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.




Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.




Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.




Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.




Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.




Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.




Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.




Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.




Petikan drpd Risalah Fikrah




P/S : Adakah kita menyambut april Fool kerana ingin bergurau, mengenakan orang? senangkan Orang Kafir menyambut April fool kerana kejatuhan Islam, memusnahkan orang islam, kejayaan mereka membunuh orang islam?. Adakah wajar kita menyambut april fool?? jawapanya TIDAK PATUT DAN JANGAN SESEKALI SAMBUT.

Labels:


0 Inspirit (s) | Comment Here Inspirit (s)
Tips Mengurangkan Stress (Motivasi Diri)
Saturday, February 12, 2011 • 10:45 AM • 0 comments



Kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah, namun kita masih tidak terlepas daripada menghadapi tekanan ketika bekerja. Pelbagai tekanan yang dihadapi menyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akan terlaksana. Tidak mustahil bagi individu yang berhadapan dengan masalah ini akan terbawa-bawa ke rumah hingga anak-anak pula menjadi mangsa. Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat yang ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.

Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan hidup. Antaranya ialah :

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.

2) Perbanyakkan membaca Al-Qur’an
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

3) Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

4) Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

5) Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan- Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

7) Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

8.) Menangis dengan sepuas hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. “Luaran lain hati lain” ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

9) Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

10) Cintai diri sendiri
“Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain”. Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya

Labels: ,


0 Inspirit (s) | Comment Here Inspirit (s)
Kecelaruan Obsessif Kompulsif ( obsessive compulsive disorder /OCD)
Friday, February 11, 2011 • 1:07 PM • 0 comments
Salamullahi'alaikum...



Pernahkah anda merasa ragu-ragu atau was-was?
Apakah yang anda lakukan jika anda was-was?


Di bawah diperjelaskan bagaimana OCD merupakan penyakit was-was.


Contoh 1: Anda merasa was-was semasa mengambil air sembahyang . Di dalam hati anda berulangkali berkata-kata" sudah basuh tangan ke belum, rasanya sudah, rasanya belum (obsession)" Lantaran perasaan was-was ini anda akan mengulang prosedur mengambil sembahyang ini sekali lagi (compulsion). Jika anda mengulang prosedur itu banyak kali sehingga mengambil masa yang lama dan melambatkan aktiviti anda. Ini dianggap OCD.


Contoh 2: Anda seorang yang terlalu pembersih. Di kotak kepala anda hanya terfikir kuman berada di merata tempat. Kuman ada di tangan kerana anda telah memegang kerusi di dalam bas yang telah dipegang orang lain. Mungkin orang itu memgang najis dan tidak cuci tangan. Fikiran ini menghantui anda, berulang-ulang sehingga anda menjadi resah dan risau ( obsession) . Kerisauan anda berkurang jika anda mula mencuci tangan ( compulsion). Jika anda kerisauan ini berterusan dan anda mencuci tangan anda berulang kali sehingga mengambil masa yang lama ini dipanggil OCD. Terdapat pesakit yang mencuci tangan 5-6x sehingga tangan ekzema. Ada yang mandi sehingga 2-3 jam sehingga lewat ke kuliah.



Salahkah menjadi pembersih. Bukankah kebersihan dituntut agama?


Memang kebersihan dituntut agama tetapi jangan keterlaluan sehingga anda membazir air, sabun dan merosakkan tangan anda. Jangan diturut penyakit was-was!


Apa itu OCD?
Obsessive compulsive disorder adalah suatu penyakit jiwa yang perlu dirawat.


Obsession adalah :
1) fikiran, bayangan, atau imej yang kerap berulang-ulang menghantui fikiran anda . Ia menganggu anda sehingga membuatkan anda resah gelisah dan bercelaru.
2) anda tahu bahawa fikiran ini datangnya adri anda sendiri, bukannya dari orang lain atau ap jua kuasa lain yang memaksa anda
3) ia bukan sekadar kerisauan kerana anda mempunyai masalah dalam kehidupan
4) anda cuba untuk menghentikan dan mengurangkan fikiran ini tetapi amat sukar.


Compulsion adalah:
1) untuk menghilangkan keresahan dan anxiety akibat obsesi di atas, anda mesti melakukan sesuatu dalam bentuk apa jua sama ada perbuatan atau fikiran lain. Disebabkan obsesi ini datang berulang, maka anda akan berulang kali melakukan perbuatan yang sama.
2) anda mengetahui bahawa perbuatan anda ini keterlaluan.


Apabila obsessi dan kompulsi berlaku anda akan merasa teramat tertekan sehingga fungsi normal anda seperti hubungan dengan orang lain, kerja-kerja seharian dan lain-lain aktiviti terganggu. Inilah OCD.


Tanda OCD yang kerap adalah :
kadar Obsesi:




  • Pemikir tentang kebersihan (43%)
  • Ketakutan tentang sesuatu mungkin berlaku seperti kebkaran, kematian tersayang dll (24%)
  • Terlalu mementingkan sesuatu disusun dengan teliti cth. mengatur kasut, menyusun pinggan dll (17%)
  • Memikir tentang keagamaan ( 13%)
  • Memikir tentang kelakuan seks, imej seks dan pornografi( 4%)




kadar Kompulsi:


  • Perbuatan mencuci tangan, mandi,gosok gigi,cuci bilik air dll (85%)
  • Buka tutup pintu, duduk bangun (51%)
  • Menyusun barang ( 17%)
  • Menyimpan benda buruk dan usang (11%)




OCD juga boleh menyebabkan kemurungan dan berkait dengan penyakit Tourette's


Berapa kerap OCD berlaku?
Secara umum OCD boleh berlaku sehingga 2-3% daripada populasi umum dalam setahu. Ia lebih kerap daripada skizofrenia i.e 1%. Dalam kalangan orang dewasa kaum lelaki dan perempuan mempunyai kadar yang sama untuk mendapat OCD. Di kalangan remaja, lelaki & perempuan, ia boleh berlaku seawal 2 tahun tetapi sukar di kesan.


Apakah penyebab OCD?
Penyebab tepat tidak diketahui tetapi banyak kajian yang telah dilakukan menunjukkan bahawa ia berlaku kerana interaksi biopsikososial.


Faktor biologi:
1) Disregulasi serotonin. Kajian telah menunjukkan bahawa metabolit serotonin iaitu asid 5-hidroksiindolasetik meningkat di dalam cecair otak (CSF) pesakit OCD
2) Scan otak (PET Scan) menunjukkan peningkatan aktiviti otak di bahagian lobus frontal ,nukleus kaudat dan singulum di basal ganglia.
3) Kajian genetik menunjukkan risiko mendapat penyakit ini bertambah jika ada keluarga terdekat pernah mengidap penyakit ini.


Faktor Psikososial
1) 15-35% pesakit OCD adalah di kalangan mereka yang obsessif iaitu terlalu menjaga kebersihan, terlalu teliti, terlalu menepati masa dan terlalu bercita-cita tinggi.
2) faktor psikodinamik- menurut Sigmud Freud OCD berlaku kerana individu yang mengidap OCD gagal menggunakan defence mechanism berikut: isolation, undoing dan reaction formatiom ( RUJUK DEFENCE MECHANISM)


Apakah rawatan untuk OCD?
Rawatan adalah berdasarkan prinsip biopsikososial.
Ubat-Ubatan; (Dos yang lebih tinggi diperlukan berbanding dos untuk kemurungnan).


1)Ubat antidepressant boleh bertindak sebagai antiOCD. Contohnya:


  • Kumpulan SSRI: Fluvoxamin (Luvox), Fluoaxetine (Prozac), Sertraline ( Zoloft),
  • Kumpulan TCA: Clomipramine
  • Kumpulan SNRI: venlafaxine ( effexor)




2)Ubat antianxety: diberi cuma jika pesakit mengalami keresahan melampau. 
Psikoterapi


  • telah terbukti keberkesanan Cognitive behavioural therapy (CBT) dan Exposure Response Prevention(ERP) untuk OCD
  • tangani masalah sosial seperti masalah dengan keluarga, menangani kemarahan, cara penyelesaian masalah dll.

Labels:


0 Inspirit (s) | Comment Here Inspirit (s)
Guru Kaunseling kena celik Teknologi..
Thursday, February 10, 2011 • 12:04 PM • 0 comments

Labels:


0 Inspirit (s) | Comment Here Inspirit (s)
Akibat Buruk Kanak-Kanak Dan Remaja 'Kemaruk TV
Monday, February 7, 2011 • 6:59 AM • 0 comments

Pengaruh Tv terhadap kanak-kanak remaja lebih banyak yang buruk drpd yg baik. Selain mudah terpengaruh dgn perlakuan yg ganas, liar dan lucah seperti yang disajikan oleh TV, kanak-kanak dan remaja yang terlalu banyak menonton TV juga dikatakan berisiko menjadi pemalas, gemuk, kurang bersosial dan mendapat gred yang rendah dalam peperiksaan.

Bagaimana Mencegahnya...???

Ibu bapa boleh membentuk dan membimbing anak-anak,bagaimana cara menonton TV dgn cara yang lebih sihat dan berguna.

1.Selama mana mereka boleh menontonTV, komputer dan video games..?

The American Academy Of Pediatric cadangkan masa untuk menonton dalam sehari tidak lebih daripada 1 hingga 2 jam sehari termasuk pada hari minggu. Jangan lebih2 daripada 4 jam yang berterusan.

2.Bila masa mereka boleh menonton..?

Disiplinkan masa menonton. Cthnya buat peraturan NO TV..! sehingga mereka tak habiskan kerja sekolah dan kerja rumah yang diwajibkan.NO TV..! untuk tengah malam dan hari sekolah. NO TV..! ketika waktu makan.

3.Program apa yang boleh ditonton..?

Remaja biasanya banyak mengawal dan mengendali program TV berbanding kanak-kanak.Ibu bapa perlu hadkan jumlah aksi ganas,seks dan hiburan yang terlampau.Mesti ambil tahu tentang program yg disiarkan dan putuskan sahaja program yang tak patut nih..Senang2 join anak2 skali tgk tv so kita boleh beritahu program itu bagus atau tidak.

4.Bantu mereka seimbangkan TV dgn aktiviti lain.

Jangan hanya asyik mengarah anak kurangkan menonton TV.Galakkan mereka luangkan dgn aktiviti yang lain spt bersukan,membaca,main musik,melukis,beriadah dsbnya.

5.Elakkan memasang TV dibilik tidur anak-anak.


Komen Penulis

*Haa.. ni yang paling penting tak guna kalau langkah kat atas kita buat tapi ibu bapa pergi pasangkan TV kat bilik tidur anak.Susahlah nak pantau macam nih.Seharianlah mereka akan menonton.Ini merisikokan anak-anak untuk obses menonton dan akhirnya masalah kurang tidur,bangun lewat dan alamatnyer kerja sekolah mmg tak siaplah..

Labels:


0 Inspirit (s) | Comment Here Inspirit (s)
Rokok ....Antara Harga, Masalah Sosial @ Kesihatan?
Tuesday, January 25, 2011 • 12:57 AM • 0 comments
Merokok..
Rasa-rasanya isu ini adalah isu universal dan kronik di semua sekolah. Kita boleh katakan yang semua sekolah menghadapi masalah ini. Terlalu ramai pelajar yang merokok dan terlalu ramai yang cuba belajar merokok. Baik lelaki atau perempuan, mereka akan cuba belajar merokok. Bila merokok sudah jadi salah satu hobi tegar dalam kehidupan mereka, memang agak payah mereka nak berhenti merokok.
Bila ditanya, mengapa mereka merokok, ada yang kata, dengan merokok, baru mereka boleh siapkan kerja sekolah. Itu alasan aje tuh. Cakap aje yang korang memang tak boleh nak berhenti dari merokok. Ada yang bagitau, merokok ni macho, bergaya. Mereka leh dapat macam-macam dengan merokok.




Jika kita nak cerita bab merokok ni, ianya takkan habis selalu tembakau nih masih wujud kat dunia nih. Industri tembakau semakin berkembang setiap hari biarpun harga rokok sentiasa naik setiap tahun. Masih ramai yang membeli walaupun kerajaan dah naikkan harga rokok. Bukan pelajar sahaja, cikgu-cikgu pun merokok. Memang ada yang mengeluh sebab harga rokok naik, tapi mereka tetap sukar untuk berhenti merokok. Pendek kata, macam-macam alasan diberikan jika mereka nak merokok atau dinasihatkan cuba berhenti merokok.
Bagi aku senang aje, naikkan harga rokok ke RM50 atau RM100 sekotak. Nescaya, hampir 50% orang yang merokok akan berhenti secara perlahan-lahan. Memang mereka takkan berhenti terus, tapi kalau harga dah RM50, aku rasa mahu berfikir juga mereka untuk berhenti. Dengan harga banyak tu, boleh beli beras, ikan dan daging serta keperluan harian untuk satu minggu. Bagi pelajar, itu sudah boleh beli macam-macam berbanding sekotak rokok. Jadi, kerajaan harus buat sesuatu jika mahu menggalakan mereka untuk berhenti merokok.
Percaya atau tak, ini juga mampu mengatasi masalah pelajar-pelajar sekolah yang merokok. Pasti mereka akan terasa kesannya untuk jangka masa panjang. Malah, bukankah merokok merbahayakan kesihatan? Aku tak mahu pelajar-pelajar aku mati disebabkan oleh penyakit-penyakit yang puncanya dari merokok. Kurang dah pelajar aku yang akan belikan hadiah hari jadi untuk cikgu tersayang dan terhensem diorang nih. Jadi, janganlah merokok ye..


~permatanurani~~

Labels:


0 Inspirit (s) | Comment Here Inspirit (s)