Nothing's Over !!.
N O T H I N G'S O V E R

Annyeonghaseyo


ArrienAmani @ L wife - Sixteen - Seoul
I inspirit and eLement forever
all my love is for eLement ?

Tagboard


Credits
Template : Arrien Inspirit
Big Help : K I M
Nice View:Google Chrome
Owner: Your Name


KENANGAN TERINDAH DI SMK BANDAR TASIK SELATAN
Sunday, May 1, 2011 • 11:26 PM • 0 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera…Salam 1 Malaysia…
Alhamdulillah, syukur pada ilahi kerana dipertemukan lagi serta dipanjangkan umur..
Sudah lama rasanya saya tak update blog Permata Nurani ini. Sebelum final exam hari tu pun dah kena tegur dek lecturer, ‘awak semua tak update blog ke?? Semua ni markah tau’…hehehe…
Hari ni saya ingin coretkan 1 kisah dan kenangan yang paling indah dlm hidup saya walaupun ada terselit rasa pahitnya..Kisah perjalanan program untuk subjek Pengurusan dan Konsultasi Kaunseling Sekolah. Subjek ni memerlukan kami sebagai bakal kaunselor membuat 1 perancangan program di sekolah untuk para pelajar. Tak kisah lah program motivasi ke, kemahiran belajar ke, pengurusan stress ke, asalkan program yang dapat memberi manfaat dan input yang berguna kepada para pelajar. Secara tak langsung ia juga dapat memberi faedah serta ilmu kepada kami bakal-bakal kaunselor bagaimana membuat program di sekolah serta cara nak deal dengan konsultee...Kami pula konsultan...hehe..1 kumpulan seramai 6 atau 7 orang. Kelas kami, semester 5 hanya ada 31 orang je..so, bahagilah..
Kisah ini agak panjang dan banyak dugaan yang perlu kami tempuhi sebelum dapat ke SMK BTS ni..
Kisahnya bermula apabila pengarah program kami membuat perancangan untuk membuat program di MRSM Trolak, Felda..MRSM, gah namanya di mata saya..Rasa takut menerpa dalam hati ni. 1st time buat program di sekolah MRSM. Tiap2 malam buat mesyuarat dan kami setuju dan deal dengan pihak sekolah program kami iaitu LASTAS, Lawan Stress Tawan Sukses. Sebuah program pengurusan stress. Tiba-tiba, kami dikejutkan dgn 1 berita yg tak berapa nak sedap didengari. Pihak sekolah cancel program yang bakal dijalankan disebabkan perkara yang tak dapat dielakkan. Hancur...harapan nak buat kat sekolah MRSM hancur berkecai..Namun, kami ada backup plan. Pengarah program ada sebuah sekolah lagi, iaitu SMK Air Kuning, Mambang Di Awan, Perak. Sekali lagi kami terpaksa bertungkus lumus menghabiskan masa dengan bermesyuarat tiap2 malam untuk program kat SMK air kuning ni. Sekali lagi perkhabaran buruk kami terima..Sekolah ni pun cancelkan program kami..Nak dinyatakan sebab panjang ceritanya. Sekali lagi...hancur..semuanya dah ditempah tapi program tak jadi di saat-saat terakhir.
Keadaan ini berpanjangan sehinggalah satu saat ini, salah seorang rakan kelas kami, Ridzuan menghulurkan bantuan. Pihak Sekolah Menengah Bandar Tasik Selatan, KL mengalu-alukan kami dari UPSI mengadakan program di sekolah tersebut. Ridzuan dan kumpulannya pernah mengadakan program di sekolah ini banyak membantu kami berurusan dengan pihak sekolah.

Sekali lagi kami terpaksa bermesyuarat. Nama programnya, JOM BIJAK BELAJAR, sebuah program kemahiran belajar. Saya amat gembira apabila program yang bakal diadakan ini tidak ada apa-apa masalah. Kami, seramai 7 orang, 2 lelaki, 5 perempuan. Nak dijadikan cerita, kami 5 orang perempuan merancang untuk pergi ke KL dengan hanya menaiki komuter dari T. Malim ke KL. Memang happening time tu. Yang laki pulak naik kereta membawa beg2 kami serta barang program.hehe..


Naik komuter sampai tertido..penat sangat kot..hehe


0 Inspirit (s) | Comment Here Inspirit (s)
Menghargai.....
Sunday, February 27, 2011 • 11:42 PM • 0 comments
Assalamualaikum...
Rasanya dh lama aku x post dlm blog aku ni..
Terdetik nak tulis sesuatu malam ni...
Emm...
Apa dia ye??
Even byk asgmnt pun, aku ada masa nk masuk blog..
Baiklah
Hari ni aku nk kongsi sedikit sesuatu yang tak asing bagi kita semua.
1 Nilai yang common bg kita semua..Bagi aku bila ada nilai dan sikap ni, akan wujudlah nilai-nilai lain..Yang penting nilai ni first bagi aku..
~~MENGHARGAI..~~


Kita semua suka pada barang-barang yang berjenama bukan? Sudah tentunya berjenama itu sinonim dengan "mahal" kn? Kita selalu hadiahkan hadiah yg "mahal" untuk orang yang kita sayang bukan?

Di sini kita dapat menilai erti kasih sayang itu sendiri. Aku pernah dengar orang cakap yang kasih sayang nie tidak boleh diukur dengan wang, duit dan kekayaan. Benarkah??
Tapi knp sekarang ada orang sayang someone sebab duit? sebab harta? Betul ka apa yang aku dengar? Pendapat aku? :)

Siapa orang-orang yang kita sayang dan kenapa kita sayang mereka? Mereka ibubapa kita, adik beradik kita, orang kesayangan kita, kawan-kawan yg kita anggap adik,kakak dan abg kita, sahabat kita yg x pernah penat dan jemu utk sentiasa berada dengan kita...

Kita sayang mereka sebab mereka lah yg sentiasa menjadi penguat semangat kita, sentiasa membantu kita di mana jua kita berada, menjadi pendengar yg baik, menjadi penyokong kita bila kita sedih, kecewa dan putus asa.... sebab tue kita harus menghargai kasih sayang yg mereka curahkan kepada kita. Supaya mereka tahu kita juga sayang dan sentiasa menghargai sokongan mereka..



Bagaimana nk hargai? Adakah dlm bentuk wang? Percutian? Hadiah yg mahal? Mungkin send him/her gift/flower? Mungkin kejutan? atau mungkin sekadar kad ucapan terima kasih? Tanya hati sendiri apa kita nk untuk dihargai? Apa harga semua pengorbanan kita? 

Sebenarnya apa yang kita buat/berikan adalah ikhlas dan tidak perlu sebarang penghargaan. Kita pun tahu siapa menhargai kita. Pernah tak kita tanya kat kawan kita, awak pernah hargai saya tak? Nampak pulak cam tak ikhlas. Tapi cuma kadang-kadang agak terkilan bila orang buat x nampak jer apa yang kita dah buat. Bukan mengharapkan perhargaan cuma cukup sekadar "sedar" kewujudan kita pun dah cukup. Kita manusia kan tak terlepas dengan buat salah. Tak kan salah cakap/buat terus tak nmpk perkara-perkara yg baik kita pernah lakukan?

Sapa x pernah buat salah kn? Jadi hargailah orang-orang di sekeliling dengan cara sendiri. Yang penting orang tue faham kita memang sangat sayang pada mereka.... 

~permatanurani~~

0 Inspirit (s) | Comment Here Inspirit (s)
EMPAT GOLONGAN LELAKI KE NERAKA..
Saturday, February 19, 2011 • 1:42 AM • 0 comments



Pertama:- 'Ayahnya' - Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- 'Suaminya' - Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,apabila suami mendiamkan diri.. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal)maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- 'Abang-abangnya'
- Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:-' Anak Lelakinya' - Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan diakhirat kelak.. Nantikan tarikan ibunya.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidaksilap firman ALLAH S.W.T.:-

" Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka,di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu.."

Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda,abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda..Kesiankanlah mereka dan juga diri kamu sendiri..jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh ikhlas..


Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga.
ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA.. semua kaum muslim masuk syurga..janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.


Semoga kita semua tergolong dari ahli syurga yang memasukinya tanpa hisab.

AMIN YARABBALALAMIN

apa yang perlu kita buat, tolong copy paste yer, kemudian kita tolong sebarkan........

0 Inspirit (s) | Comment Here Inspirit (s)
Zaman Dulu-Dulu Kala
Monday, February 14, 2011 • 9:57 AM • 3 comments

 

Assalamualaikum..

Makkkkk!!
Banyaknya assignment..membuatkan aku tension sangat... huhu~
Rasa tak cukup tangan dan kaki nak buat.
Sekejap assignment tuh, sekejap yang ni..
pening dibuatnya..
Cuma kesabaran diperlukan di sini


So, release tension jap.
Gunakan teknik bertenang!!
Tarik nafas dalam-dalam... hembus.. fuhhh~~~
Comel tak aku? Yang duduk tu..hehehe..
Tak tau apa lagi nak letak entri dalam blog ni..
Dan hari ni, aku rasa nk letak gambar aku time kecik.
Just nak sharing waktu aku dulu-dulu.

Yang ni plak dah besar sikit. Yang kecik skali. Sebelah kiri. Tersenyum simpul dapat bergambar..hehehe

Aku bersama nenek aku, sebelah ayah. Emm..sekarang dia dah tak ada..Semoga dicucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama-sama orang beriman
Ni waktu hari raya..Di Pagi Raya Yang Indah...aku yang kecik sekali..Anak bongsu kan..
Ingat lagi waktu dulu-dulu
Mak sering sedih
Sebab aku..
Nak tau Tak kenapa?
Sebab aku sakit
Sakit PDA (boleh dikatakan sakit jantung jugak la)
Patent Duktus Arteriosus adalah kegagalan menutupnya ductus arteriosus (arteri yang menghubungkan aorta dan arteri pulmonal) pada minggu pertama kehidupan, yang menyebabkan mengalirnya darah dari aorta tang bertekanan tinggi ke arteri pulmonal yang bertekanan rendah. ( Kakak aku yang explain~~sebab dia Doktor.)

Mak sedih sangat2 lepas mengetahui aku sakit. Sejak aku lahir lagi. Mak sungguh tabah. Masa aku darjah enam mak bawa aku pergi hospital. Institut Jantung Negara, KL.
Lepas operate, doktor cakap, aku sihat sepenuhnya.
Alhamdulillah..
Tapi sakit kena operate.
Kena tebuk kat kawasan paha.
Pastu, kena masukkan kamera. 
Canggih sungguh teknologi pembedahan tahun 2000. hehe

Aku bersama kakakku, Haslina. Sekarang dia ustazah.hehehe


K lah... tu saja yang ada.

Nak tengok yang lain, tak boleh.
Rahsia! hihihi...
Mekaseh yer... ^_^

Sambung buat assignment plak...
***

Wallahua'lam...

Labels:


3 Inspirit (s) | Comment Here Inspirit (s)
Kenangan, Hidup, Cinta Dan Kehendak
Sunday, February 13, 2011 • 1:00 AM • 0 comments

Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah,
tetapi ia terlalu manis untuk dikenang.
Hidup tak selalunya indah
tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.
Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan,
lebih baik cinta itu tak pernah hadir...
Jangan disalahkan cinta yang hadir kerana ia anugerah..
Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir...
cinta sesama makhluk cinta sementara..
cinta pada allah cinta hakiki..
Masa depan yang cerah
berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.
Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya. ..
Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa...
moga akan kembali ceria kehidupannya nanti...

Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati
yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri.
Perkara utama harus kita fikirkan ialah
menerima atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan.
wajib kita menerima iradah allah
melebihi dari kehendak manusia
........................


Bersama Rakan Seperjuanganku Yang Tersayang..♥♥..
 
Kerana Mereka aku Hidup
KeranaNYA aku bernyawa
Kerana impian aku gagahkan diri
Kerana prinsip aku bertekad
Kerana mimpi aku gembira..

 
TQ ALL MY FRENS!!
I LUV U ALL!!

Labels:


0 Inspirit (s) | Comment Here Inspirit (s)
Perjalanan Hidup kita...
• 12:39 AM • 0 comments
Dalam suatu perjalanan hidup, cita-cita terbesar adalah menuju kesempurnaan. Ada kalanya kita mesti berjuang, serta belajar menyingkap segala rahsia kehidupan.
Perjalanan menuju kesempurnaan adalah proses yang menentukan setiap tapak langkah kita. Setiap hembusan nafas, detik jantung, dari siang menuju malam. Semua menuju titik yang sama, kesempurnaan.
Setiap insan mempunyai hak yang sama atas waktu. Tidak ada seorangpun melebihi dari yang lain. Namun tak jarang setiap kita berbeda dalam menentukan sikapnya. Ada yang berjuang untuk melaluinya dengan membunuh waktu. Tidak pula sedikit yang merasakan sempitnya kesempatan yang dia ada.
Apa rahsia terbesar dalam hidup ini? Melewati hari ini dengan penuh makna. Makna tentang cinta, ilmu, dan iman. Dengan cinta hidup menjadi indah. Dengan ilmu hidup menjadi mudah. Dan dengan iman hidup menjadi terarah.

~permatanurani~~

Labels:


0 Inspirit (s) | Comment Here Inspirit (s)
April Fool, Renungan untuk Anda!!
• 12:22 AM • 0 comments



Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.




Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.




Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.




Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.




Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.




Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.




Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.




Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.




Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.




Petikan drpd Risalah Fikrah




P/S : Adakah kita menyambut april Fool kerana ingin bergurau, mengenakan orang? senangkan Orang Kafir menyambut April fool kerana kejatuhan Islam, memusnahkan orang islam, kejayaan mereka membunuh orang islam?. Adakah wajar kita menyambut april fool?? jawapanya TIDAK PATUT DAN JANGAN SESEKALI SAMBUT.

Labels:


0 Inspirit (s) | Comment Here Inspirit (s)